(MWC2014) Lenovo S850

(MWC2014) Lenovo S850

Diterbitkan pada Mac 5, 2014 oleh .

Lenovo S850
Pemproses 1.3GHz quad-core MediaTek
RAM 1GB
Muatan Dalaman 16GB
Kamera 13-MP Belakang, 5 MP Depan
Skrin 5-inci 1280x720pixel
Bateri 2000 mAh

Telefon kedua di dalam siri keluarga ‘S’ yang baru dilancarkan oleh Lenovo adalah S850. Lenovo S850 merupakan peranti bersiri kedua di antara S660 dan juga S860

Apa yang membezakan antara Lenovo S850 dan S660 adalah keupayaan kamera belakangnya yang lebih tinggi, disamping paparan skrin yang lebih besar dan cantik kerana mempunyai kepadatan pixel yang tinggi. Apapun, ia mempunyai kapasiti bateri yang lebih rendah berbanding S660 iaitu sebanyak 2000 mAh dan ini berkemungkinan ada kaitan dengan bentuknya yang ternipis didalam siri keluarga ‘S’ dari Lenovo.

Daripada percubaan kami, kemasan Lenovo S850 tampak premium dengan permukaan kaca di belakang. Paparan antaramukanya kemas dan ia juga dilengkapi dengan aplikasi SecureIT yang memudahkan pengguna untuk memantau data penggunaan. Aplikasi tersebut juga boleh menghalang iklan dari muncul, mengosongkan RAM, serta terdapat mod privasi peribadi.

Telefon yang boleh digunakan dengan dua kad sim ini juga mempunyai akses pantas untuk melancarkan fungsi kamera dan buat masa ini beroperasi menggunakan Android 4.2 Jelly Bean.

 


TIPS & ULASAN