Skype Berasaskan Web Diperkenalkan Untuk Semua Pengguna

Skype Berasaskan Web Diperkenalkan Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan pada Mac 5, 2014 oleh .

Hari ini pihak Skype telah memperkenalkan Skype berasaskan web yang dikenali sebagai Skype for Outlook.com kepada semua pengguna.

Skype for Outlook.com membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan Skype terus daripada pelayar web tanpa menggunakan sebarang aplikasi Skype seperti sebelum ini. Ia turut hadir dengan kebolehan panggilan video HD selain turut didatangkan dengan fungsi panggilan suara sama seperti aplikasi asal Skype.

Skype Outlook

Sebelum ini, Skype for Outlook.com telah diperkenalkan dalam bentuk preview pada April 2013 untuk pengguna di US dan hari ini, sokongan untuknya telah diperluaskan untuk semua negara.

Untuk menggunakannya, pengguna boleh memuat-turun pemalam (plugin) untuknya dan boleh mengakses Skype berasaskan web ini pada halaman Outlook.com.

Muat-turun: Pemalam Skype Untuk Outlook.com


TIPS & ULASAN