Pemproses | 1.6GHz quad-core Snapdragon 400 |
RAM | 2GB |
Muatan Dalaman | 16GB / 32GB |
Kamera | 8-MP Belakang |
Skrin | 10-inci 1920 x 1200 pixel |
Bateri | 9000 mAh |
Sekitar reruai Lenovo juga mereka turut menampilkan kemaskini kepada tablet ikonik Yoga mereka dinamakan Yoga Tablet 10 HD+. Apa yang ikonik berkenaan tablet Yoga ini adalah dengan adanya tempat stand yang boleh juga digunakan untuk menambah cengkaman semasa memegangnya. Malahan, bentuknya saling tak tumpah seperti bingkai gambar elektronik.
Tablet Yoga telah dinaiktaraf dari segi paparan skrin serta kuasa cip pemprosesan. Paparan yang membawakan resolusi Full-HD ini sangat jelas. Ia juga turut menyediakan slot MikroSD untuk digunakan sekiranya mahu menambah kapasiti storan.
[amanz-gallery]
Daripada percubaan kami, ia agak laju dan stand-nya tidak lembik dan mempunyai senggat untuk membezakan antara mod papan kekunci atau mod mendatar. Meskipun saiznya telah menjadi 10 inci, ia tidak terlalu berat. Berat yang dilebihkan kepada stand bukan suatu isu yang besar dan tablet ini juga dikatakan boleh beroperasi selama 18 jam.
Tablet ini beroperasi menggunakan Android 4.2 Jelly Bean dan ia juga boleh dinaiktaraf kepada Android KitKat. Buat masa ini tiada sebarang info bilakah ia akan menemui pengguna di Malaysia.