Carian
Pengguna Android KitKat Mencapai Sebanyak 2.5% – Gingerbread Kini Dibawah 20%
March 5, 2014 Aman

Setiap bulan, pihak Google mengemaskini data penggunaan versi Android oleh pengguna seluruh dunia, dan kini mereka telah mengeluarkan statistik bulanan yang baru, memperlihatkan peningkatan penggunaan Android 4.4 KitKat yang mencapai angka 2.5%.

Sejumlah besar, iaitu sebanyak 62% masih lagi kekal menggunakan Android Jelly Bean (yang mana merangkumi angka versi 4.1 hingga 4.3). Peratusan kedua terbesar adalah Gingerbread, yang mana kini merangkumi 19% daripada pengguna seluruh dunia dan memperlihatkan penurunan setiap bulan.

Menduduki tangga ketiga adalah Ice Cream Sandwich yang telah diperkenalkan pada tahun 2011 yang lepas – dimana digunakan oleh hampir 15.2% pengguna aktif Android di seluruh dunia.

Daripada apa yang dilihat, mungkin ia akan mengambil masa yang agak lama sebelum KitKat digunakan dengan meluas, dan mungkin Jelly Bean akan mengekalkan takhtanya – berkemungkinan sepanjang 2014 ini.

Komen