Facebook Dikatakan Berminat Untuk Mendapatkan Syarikat Dron

Facebook Dikatakan Berminat Untuk Mendapatkan Syarikat Dron

Diterbitkan pada Mac 5, 2014 oleh .

Facebook boleh dikatakan tidak begitu risau dalam membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan sesuatu syarikat atau teknologi. Kini, mengikut beberapa desas-desus baru, Facebook dikatakan berminat untuk mendapatkan sebuah syarikat pengeluar dron.

Bagi yang tidak mengenali dron, ia merupakan variasi pesawat udara kawalan jauh yang hadir tanpa sebarang juruterbang.

Facebook dikatakan berminat untuk mendapatkan Titan Aerospace, dimana dron daripadanya dijangka akan digunakan untuk inisiatif Internet.org – dalam usaha untuk membawa internet kepada lebih ramai pengguna, terutamanya mereka di kawasan pedalaman.

Dron daripada Titan Aerospace ini dikatakan menggunakan tenaga solar dalam terbang pada ketinggian sekitar 65,000 kaki dan boleh terbang sehingga lima tahun lamanya. Berkemungkinan besar, Facebook merancang untuk menggunakannya dalam memancarkan sambungan internet ke sesuatu kawasan menggunakannya.

Selain Facebook, Google juga mempunyai insiatif yang lebih kurang sama – dimana mereka menguji tawaran sambungan internet menggunakan belon yang diterbangkan ke udara.

Seperti biasa, kedua-dua syarikat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan desas-desus ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN