Aplikasi OneDrive Dilancarkan Untuk Pengguna BlackBerry 10

Aplikasi OneDrive Dilancarkan Untuk Pengguna BlackBerry 10

Diterbitkan pada Mac 5, 2014 oleh .

Nampaknya Microsoft terus komited untuk membawakan storan awan mereka ke lebih banyak platform dan terkini, pihak Microsoft telah melancarkan aplikasi OneDrive kepada semua pengguna yang menggunakan peranti BlackBerry 10.

OneDrive untuk BlackBerry 10 turut hadir dengan kebolehan yang sama seperti platform lain yang membawakan sokongan memuat-naik gambar dan video secara automatik. Bagi pengguna baru, setiap pendaftaran OneDrive turut akan diberikan ruangan sebanyak 7GB dan ini memudahkan pengguna menguruskan fail pejabat pada peranti BlackBerry mereka.

Onedrive BlackBerry 10

Storan awan daripada Microsoft telah dijenamakan semula sebagai OneDrive dan mula diperkenalkan kepada pengguna pada pertengahan Februari lepas. Sebelum ini, penggunaan nama “Sky” pada jenama SkyDrive telah dimiliki oleh pihak lain.

Aplikasi OneDrive untuk BlackBerry 10 ditawarkan secara percuma dan boleh dimuat-turun melalui gedung aplikasi BlackBerry World.

Muat-turun: OneDrive Untuk BlackBerry 10


TIPS & ULASAN