Cari @ Amanz

Nokia Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar berasaskan Android daripada mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia X. Di Malaysia, peranti ini dijual pada harga RM399.

Nokia X merupakan telefon pintar pertama daripada tiga peranti berasaskan Android dibawah keluarga Nokia X. Ia menggunakan antaramuka tersendiri daripada Nokia yang menyertakan elemen Windows Phone, disamping telefon tersebut sendiri yang menggunakan rekaan seumpama Nokia Asha.

Dari segi spesifikasi, telefon Nokia X ini menggunakan cip dwi-teras 1GHz, skrin sentuh bersaiz 4-inci, memori 512MB RAM, kamera belakang 3-megapixel, sokongan dwi-SIM dan juga kad mikro-SD.

Nokia menggunakan variasi Android yang dinamakan Nokia X OS Platform, dimana ia masih boleh menjalankan pelbagai fail APK seperti peranti Android biasa. Telefon ini akan mula dijual di Lembah Klang bermula minggu hadapan dan diperluaskan ke seluruh negara selepas itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd