Sony Memperlihatkan Beberapa Aksesori Untuk Peranti Xperia

Sony Memperlihatkan Beberapa Aksesori Untuk Peranti Xperia

Diterbitkan pada Mac 5, 2014 oleh .

Selain mengumumkan beberapa peranti yang akan hadir ke pasaran Asia Tenggara sepanjang suku kedua tahun 2014 ini, pihak Sony Mobile turut memperlihatkan beberapa aksesori tambahan untuk telefon pintar Xperia mereka, dimana sesetengahnya dilihat agak menarik.

Sony USB On-The-Go

Sony USB On-The-Go

Sony telah sedia mengumumkan aksesori yang membawakan gabungan mikro-USB dan USB 2.0 ini sebelum ini, dan pada acara media khas yang diadakan hari ini, mereka mempertontonkannya kepada umum.

Dari segi saiz, ia amat kecil, dan mungkin memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana dengan mudah.

Menggunakan USB On-The-Go ini, ia membolehkan pengguna memindahkan sesuatu fail atau data daripada peranti yang menggunakan platform Android, ke komputer anda dengan mudah. Sony mengatakan ia serasi dengan Android 4.0.3 dan terkini, selain turut menawarkan jaminan selama 2 tahun untuknya.

Sony Personal Content Station

Bagi mereka yang mempunyai banyak gambar dan video pada peranti Xperia mereka, Sony memperlihatkan Personal Content Station. Melaluinya, ia hadir dengan ruangan storan sebeasr 1TB, dan membolehkan pengguna membuat salinan pendua data pada telefon pintar mereka dengan mudah – sama ada menggunakan sokongan NFC ataupun WiFi.

Personal Content Station

Personal Content Station

Pengguna juga turut boleh berkongsi kandungan daripada Personal Content Station ini secara atas talian (menggunakan sebuah aplikasi khas), ataupun menyambungkan ia ke televisyen menggunakan HDMI dan menikmati video dan gambar yang dirakamkan pada skrin besar.

Mikrofon Tambahan Untuk Xperia

Sony Xperia Mikrofon

Bagi mereka yang sering melakukan rakaman audio – untuk temuramah, digunakan dalam video dan sebagainya, pihak Sony turut memperlihatkan sebuah aksesori baru yang membolehkan rakaman audio yang lebih jelas – serta sesuai untuk digunakan untuk beberapa tujuan.

Sony Car AV Center

Satu lagi aksesori yang turut dipertontonkan oleh Sony pada acara khas yang diadakan hari ini adalah sistem inforia untuk kereta daripada mereka, dinamakan sebagai Sony Car AV Center XAV-712BT.

Sony Car AV

Menggunakannya, pengguna boleh menghubungkan peranti Xperia mereka menggunakan sokongan MHL/HDMI dan menikmati kandungan terus pada sistem inforias kereta berkenaan.

Pengguna juga turut boleh membuat kawalan suara dan meminta sistem membacakan mesej dan sebagainya melalui sebuah aplikasi khas yang dinamakan sebagai AppRemote. Sokongan audio yang ditawarkan oleh sistem ini juga dikatakan lebih baik berbanding beberapa sistem lain.


Walaupun memperlihatkannya ke semua aksesori ini, pihak Sony Mobile tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah ia akan mula dijual dan sebagainya. Sebahagian aksesori dikatakan telah dijual di beberapa buah negara, dan beberapa daripadanya mungkin akan hadir ke Malaysia.


TIPS & ULASAN