Aplikasi RAR Hadir Untuk Android – Memudahkan Membuka Dan Membuat Fail Berbentuk Arkib

Aplikasi RAR Hadir Untuk Android – Memudahkan Membuka Dan Membuat Fail Berbentuk Arkib

Diterbitkan pada Mac 5, 2014 oleh .

Bagi pengguna komputer, mungkin sedia selesa dengan perisian WinRAR yang membolehkan anda membuka pelbagai jenis fail berbentuk arkib, seperti RAR, ZIP, TAR, GZ, dan sebagainya. Kini, aplikasi serupa turut hadir ke peranti Android.

RAR Android

Aplikasi RAR untuk Android ini ditawarkan secara percuma, dan membolehkan pengguna membuat fail arkib berbentuk RAR atau ZIP. Namun, aplikasi sama boleh digunakan untuk membuka pelbagai jenis fail arkib, termasuk RAR, ZIP, TAR< GZ, BZ2, XZ, 7z, ISO< dan juga ARJ.

Ia turut menggunakan dua tema – yang mana selari dengan rekabentuk Holo pada Android.

Bagi pengguna yang banyak menggunakan fail berbentuk arkib pada telefon pintar atau tablet Android anda, mungkin boleh memuat-turun RAR untuk Android dan menggunakannya pada peranti anda.

Muat-Turun RAR untuk Android


TIPS & ULASAN