(MWC 2014) Lenovo Miix 2 – 10 Inci

(MWC 2014) Lenovo Miix 2 – 10 Inci

Diterbitkan pada Mac 6, 2014 oleh .

Lenovo Miix 2 – 10 Inci
Pemproses Intel Atom Z3470 1.3GHz quad-core
RAM 2GB DDR3 1066Mhz
Storan Sehingga 128GB
Kamera 5-MP Belakang, 720p HD 2MP Depan
Skrin 10.1 inci 1920 x 1200 pixel
Sistem Operasi Windows 8.1

Selain dari telefon pintar baru yang diperkenalkan sekitar reruai Lenovo mereka juga turut menampilkan peranti tablet convertible mereka. Lenovo Miix 2 merupakan salah satu tablet convertible mereka dan didatangkan pada tiga pilihan bersaiz 8 inci, 9 inci dan 10 inci. Untuk ulasan ini, kami menguji Miix 2 – 10 inci dan mempunyai spesifikasi tertinggi dalam keluarga Miix.

Tablet Miix 2 ini juga mempunyai pelbagai mod dan turut disertakan bersamanya adalah dok papan kekunci yang membolehkan tablet ini menjadi sama ada mod laptop atau mod untuk persembahan. Dok papan kekuncinya juga boleh digunakan sebagai bekas dan memudahkannya untuk dibawa kemana-mana. Baterinya turut mampu bertahan sehingga 8 jam.

Tablet convertible ini juga turut mempunyai perisian tersedia Microsoft Office Home & Student 2013 sekaligus menambah nilai tablet convertible ini. Dari percubaan kami, tablet ini agak berat meskipun tanpa papan kekuncinya. Mungkin ianya kesan dari material buatan yang tampak kukuh.

Tablet ini beroperasi menggunakan sistem operasi terbaru Windows 8.1 dan ianya tidak diketahui bilakah tablet ini akan mula dipasarkan di Malaysia kelak.


TIPS & ULASAN