(MWC 2014) Asus Zenfone 4

(MWC 2014) Asus Zenfone 4

Diterbitkan pada Mac 6, 2014 oleh .

Asus Zenfone 4
Pemproses Intel Atom Z2520 1.2GHz dual-core
RAM 1GB
Storan Dalaman 4/8 GB
Kamera 5-MP Belakang
Skrin 4 inci 480 x 800 pixel
Bateri 1200 mAh

Pada MWC 2014 Asus telah memperkenalkan peranti telefon pintar keluarga Zenfone mereka yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel. Untuk kesemua siri Zenfone, ia juga boleh dimuatkan dengan dua kad sim, sekaligus memudahkan pengguna yang menyukai fungsi ini.

Asus Zenfone 4 merupakan telefon terkecil didalam keluarga Zenfone. Ia juga membawakan spesifikasi asas sekaligus meletakkannya sebagai peranti mampu milik. Skrinnya yang bersaiz 4 inci turut menggunakan Corning Gorilla Glass 3.

Dari percubaan kami, telefon bersaiz kecil ini amat sesuai untuk mereka yang bertangan kecil dan paparan antaramukanya kemas menggunakan ZenUI. Ia menepati kehendak mereka yang inginkan peranti asas. Namun begitu terdapat beberapa fungsi yang tiada untuk Zenfone 4 seperti sokongan untuk menerima input walaupun memakai sarung tangan. Zenfone 5 dan Zenfone 6 menyokong penggunaan sarung tangan namun tidak untuk Zenfone 4.

Sistem operasinya pula menggunakan Android Jelly Bean dan menurut spesifikasi rasmi Asus, ia akan menerima kemaskini KitKat tidak lama lagi. Oleh kerana pengumuman Zenfone dibuat pada Januari dan telah dipromosi pada bulan Februari, kami jangkakan telefon ini akan muncul di pasaran tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN