(MWC 2014) Asus Zenfone 6

(MWC 2014) Asus Zenfone 6

Diterbitkan pada Mac 6, 2014 oleh .

Asus Zenfone 6
Pemproses Intel Atom Z2580 1.2GHz dual-core
RAM 1GB / 2GB
Storan Dalaman 8/16 GB
Kamera 13-MP Belakang + LED Flash, 2MP Depan
Skrin 6 inci 1280 x 720 pixel
Bateri 3300 mAh

Satu lagi telefon pintar keluarga Zenfone adalah Asus Zenfone 6. Buat pengetahuan anda, peranti siri keluarga Zenfone merupakan peranti yang dikuasakan oleh cip Intel serta turut membawakan sokongan dua kad sim.

Asus Zenfone 6 merupakan telefon dengan spesifikasi tertinggi didalam keluarga Zenfone. Skrinnya yang bersaiz 6 inci turut menggunakan Corning Gorilla Glass 3 dan mempunyai resolusi 720p dan boleh menerima input dari pengguna yang memakai sarung tangan.

Kapasiti baterinya tidak jauh berbeza berbanding Zenfone 5 dan fungsi kameranya turut dilengkapi LED Flash. Dari pengalaman kami, dengan saiz paparan sebesar 6 inci, peranti ini dirasakan seperti phablet dan besar.

Seperti keluarga Zenfone yang lain ia turut membawakan Zen UI dan dioperasikan menggunakan Android Jelly Bean. Kemaskini KitKat juga akan hadir tidak lama lagi dan kami jangka ia akan menemui pengguna tempatan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN