Microsoft Bakal Memperkenalkan DirectX 12 Pada Bulan Ini

Microsoft Bakal Memperkenalkan DirectX 12 Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Mac 6, 2014 oleh .

DirectXDirectX merupakan koleksi API daripada Microsoft dalam memudahkan pembangun lain menggunakannya untuk mengendalikan pelbagai tugasan berkaitan multimedia – terutamanya berkenaan permainan. Kini, ia dilihat Microsoft bakal berkongsi mengenai API untuk DirectX 12 pada 20 Mac ini.

Melalui halaman teaser yang diperlihatkan, ia dilihat memaparkan logo daripada beberapa syarikat terkemuka, termasuk Intel, AMD, NVIDIA dan juga Qualcomm – sekaligus memberikan idea yang mana pengeluar cip pemprosesan ini akan menyokong API DirectX baru ini.

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan DirectX 11 pada tahun 2009, dan semestinya kini dengan selang beberapa tahun, kemaskini untuknya bukan sesuatu yang mengejutkan.


TIPS & ULASAN