Yahoo! Maps Menyertakan Sokongan Pemetaan Dalam Bangunan – Menggunakan HERE Venue Maps

Yahoo! Maps Menyertakan Sokongan Pemetaan Dalam Bangunan – Menggunakan HERE Venue Maps

Diterbitkan pada Mac 6, 2014 oleh .

HERE Maps sebelum ini sedia menyokong paparan pemetaan dalam bangunan untuk beberapa lokasi utama di sekitar Malaysia, dan kini Yahoo! Maps turut dilihat menyertakan data daripadanya di Yahoo! Maps.

Yahoo! Maps Indoor

Menggunakan Yahoo! Maps, kini sebuah menu dipaparkan apabila pengguna zoom di beberapa kawasan, membolehkan pengguna melihat mengikut tahap tingkat bangunan – sehingga 8 tingkat.

Buat masa ini, hanya beberapa bentuk lokasi sahaja disokong, dimana antaranya adalah stadium, pusat membeli-belah, dan transit.

Bagi anda yang berminat, boleh menggunakan Yahoo! Maps dalam melihat beberapa bangunan mengikut apa yang terdapat di sesuatu tingkat – terus melalui pelayar web anda hari ini.


TIPS & ULASAN