Pembangun 6Tag Hadir Dengan Aplikasi CloudSix – Memudahkan Pengurusan Dropbox

Pembangun 6Tag Hadir Dengan Aplikasi CloudSix – Memudahkan Pengurusan Dropbox

Diterbitkan pada Mac 6, 2014 oleh .

CloudSixSalah seorang pembangun Windows Phone, iaitu Rudy Hyun sedia popular dengan aplikasi klien Instagram – 6Tag, dan beberapa yang lain. Terkini, beliau turut menerbitkan sebuah aplikasi baru memfokuskan kepada perkongsian awan, dinamakan “CloudSix for Dropbox”.

Menggunakannya, pengguna boleh mengakses pelbagai dokumen, gambar dan fail pada akaun Dropbox mereka, disamping berkongsi pautan ke fail, memuat-naik gambar secara automatik ke Dropbox, dan sokongan multi-akaun.

Ia turut dikatakan ini hanya permulaan sahaja, dan pembangunnya bakal menambah lebih banyak sokongan, termasuk Google Drive, OneDrive, Box dan juga Mega pada aplikasi ini.

Bagi pengguna Windows Phone, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Windows Phone Store hari ini.

Muat-Turun CloudSix untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN