Cari @ Amanz

Persekitaran Desktop Mate 1.8 Dilancarkan Kepada Semua Pengguna

Link Copied!

Setelah melalui 11 bulan fasa pembangunan, akhirnya persekitaran desktop (desktop environment) Mate telah melancarkan versi 1.8, membawakan kemaskini seperti sokongan pengurusan tetingkap Metacity, pembaharuan pada pengurus fail, dan juga kemaskini masalah pepijat yang ada pada versi sebelumnya.

Pada asalnya Mate 1.8 dijangka akan menggunakan kerangka GTK3 sebagai enjin antaramuka utama, namun para pembangun Mate memutuskan bahawa Mate 1.8 akan menyambung pembangunannya dengan kerangka GTK2 kerana isu kestabilan. Walaupun begitu, aplikasi yang dibina dengan kerangka GTK3 tidak akan mempunyai masalah untuk dijalankan pada Mate 1.8 ini.

mate-about-1.8

Untuk pengetahuan anda, Mate merupakan persekitaran desktop yang diubahsuai daripada persekitaran desktop Gnome, yang mana membolehkan para pengguna menikmati paparan desktop yang sama seperti Gnome 2. Versi Gnome terbaru iaitu Gnome 3 lebih memfokuskan kepada paparan yang lebih moden, berlainan dengan antaramuka Gnome versi terdahulu.

Versi akan datang bagi Mate iaitu Mate 1.10 dijangka akan beralih sepenuhnya kepada GTK3, namun tarikh pelancarannya masih lagi belum diumumkan.

Untuk memasang Mate 1.8 pada sistem operasi Linux anda, Mate 1.8 boleh dimuat-turun pada halaman di bawah.


Komen ()