Cari @ Amanz

nvidia-tegra-k1-64-bit-dual-core-1Pada CES 2014 awal tahun ini, NVIDIA telah memperlihatkan pemprosesan Tegra K1 yang hadir dengan prestasi terpantas untuk peranti mudah-alih. Kini, NVIDIA Tegra K1 telah tiba pada ujian penanda aras AnTuTu untuk memberi gambaran sedikit sebanyak mengenai prestasi pemprosesan ini.

Pemprosesan dwi-teras NVIDIA Tegra K1 dikatakan hadir dengan skor keseluruhan sebanyak 43617, boleh dikatakan lebih kurang sama seperti pemprosesan Tegra K1 empat-teras yang mencatatkan mata sebanyak 43851. Ia meninggalkan pemprosesan terkini daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 805 empat-teras yang mencatatkan 37780 mata ujian penanda aras.

NVIDIA Tegra K1 dwi-teras yang diuji melalui ujian ini dikatakan hadir dengan frekuensi setinggi 3GHz berbanding frekuensi 2.5GHz ketika diperkenalkan pada CES 2014 lepas. Pada ujian ini juga, NVIDIA turut menggunakan peranti ujian dengan skrin 1080p, memori sebanyak 2GB RAM, 32GB muatan dalaman, dan hadir dengan kamera belakang 13MP serta kamera 2MP pada bahagian hadapan.

nvidia-tegra-k1-64-bit-dual-core-2

Pemprosesan NVIDIA Tegra K1 64-bit dikatakan bakal hadir tidak lama lagi dan mungkin kita bakal dapat melihat peranti dengan kehadirannya menjelang pertengahan tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd