Cari @ Amanz

Nokia nampaknya terus aktif untuk memperkenalkan peranti baru pada tahun ini. Melalui laman Twitter @evleaks, ura-ura mengatakan Nokia bakal menganjurkan satu acara untuknya pada 19 April kelak.

evleaks--Nokia-event-April-19th-

Pada tahun ini, Nokia masih belum melancarkan satu peranti Windows Phone dan melalui acara berkenaan, dikatakan Nokia bakal menyajikan beberapa peranti baru dan salah satunya bakal menggantikan model Lumia 920. Peranti yang diberi nama panggilan “Martini” ini kelak bakal membawakan sistem operasi Windows Phone 8.1 bersama-sama dengannya.

Tambahan lagi, ura-ura turut kedengaran dengan kehadiran peranti dwi-sim daripada keluarga Lumia iaitu Lumia 630 dan Lumia 635 yang turut menyumbang kepada spekulasi ini. Sekiranya benar, mungkin kita bakal dapat lihat kedua-dua peranti ini dilancarkan tidak lama lagi.

Sejak perkenalan peranti Windows Phone pada 2011, Nokia sering menjadikan Mobile World Congress sebagai medan pelancaran peranti Nokia Lumia. Cuma tahun ini agak sedikit berbeza yang mana Nokia lebih memfokuskan peranti Android mereka dengan siri Nokia X pada acara Mobile World Congress 2014 lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd