DiGi Memperkenalkan Langganan Internet Mingguan Untuk Pelanggan Prabayar

DiGi Memperkenalkan Langganan Internet Mingguan Untuk Pelanggan Prabayar

Diterbitkan pada Mac 6, 2014 oleh .

Selain mengaktifkan sokongan rangkaian 4G LTE untuk pengguna pascabayar, pihak DiGi hari ini dilihat memperkenalkan pakej mingguan untuk langganan internet mudah-alih bagi pengguna prabayar, membolehkan mereka mengakses internet pada kadar bermula serendah RM3 seminggu.

Melalui apa yang dilihat, pihak DiGi menawarkan akses tanpa had kepada WhatsApp, WeChat, WikiPedia, GMail, Yahoo! Mail, Facebook dan Twitter untuk pelan RM3 seminggu, sementara bagi mereka yang inginkan kuota untuk pelayaran web boleh memilih pilihan RM5 yang hadir dengan penggunaan sebanyak 100MB ataupun RM7 untuk 250MB.

DiGi Prepaid Mobile Internet

Pihak DiGi turut sedia menawarkan pelayaran web tanpa had sekiranya pengguna melayari internet menggunakan pelayar web Opera Mini pada peranti mereka.

Untuk melanggannya, pelanggan DiGi Prepaid hanya perlu mendail *116# dan memilih pelan pilihan mereka melaluinya.


TIPS & ULASAN