HTC selain mengumumkan Desire 816 pada minggu lepas, hari ini ia dilihat mereka turut mengumumkan secara rasmi satu lagi telefon pintar baru daripada mereka, dinamakan sebagai HTC Desire 310.
HTC Desire 310 dilihat menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci, cip pemprosesan 1.3GHz MediaTek, memori 1GB RAM, dan kamera belakang 5-megapixel.
Apa yang menariknya, ia dilihat tidak menggunakan HTC Sense sepenuhnya, dan daripada gambar yang diterbitkan oleh HTC, ia menggunakan ikon asal Android, termasuk bar notifikasi dengan rekaan asal. Namun, pihak HTC dilihat menyertakan sokongan aplikasi Blinkfeed bersama-sama dengan peranti yang menjalankan Android 4.2 Jelly Bean ini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HTC Desire 310 ini akan memasuki pasaran tempatan.