Permainan Watch Dogs Akan Hadir Ke PC, Xbox Dan PlayStation Pada 27 Mei

Permainan Watch Dogs Akan Hadir Ke PC, Xbox Dan PlayStation Pada 27 Mei

Diterbitkan pada Mac 6, 2014 oleh .

Salah satu permainan yang dinantikan ramai sejak daripada tahun lepas adalah Watch Dogs. Ia telah diperlihatkan dengan sokongan untuk konsol baru – Xbox One dan juga PlayStation 4. Kini, selang beberapa bulan selepas memperlihatkannya, tarikh pelancarannya diumumkan oleh Ubisoft.

Ubisoft hari ini telah mengumumkan yang mana 27 Mei untuk Xbox One, Xbox 360, PlayStation 4, PlayStation 3 dan juga Windows.

Watch Dogs merupakan salah satu permainan dengan latar dunia terbuka yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia membawakan permainan dimana pengguna memainkan watak seorang pengodam dan mengodam pelbagai sistem elektronik untuk mendapatkan informasi dan menyelesaikan misi.

Sebelum ini ia telah ditangguhkan untuk pengenalannya, dan dengan pengumuman hari ini ia semestinya mengembirakan hati ramai pengguna yang menantikan permainan berkenaan.


TIPS & ULASAN