(MWC 2014) Asus Fonepad 7 LTE & 3G Dual Sim

(MWC 2014) Asus Fonepad 7 LTE & 3G Dual Sim

Diterbitkan pada Mac 7, 2014 oleh .

Asus Fonepad 7 LTE
Cip Pemproses Intel Atom Z2560 1.6GHz dual-core
RAM 1GB
Storan Dalaman 8 GB
Kamera 5-MP Belakang, 1.2MP Depan
Skrin 7 inci 1280 x 800 pixel
Bateri 3950 mAh

Selain dari pengenalan berkenaan peranti keluarga Zenfone oleh Asus, mereka juga telah memperkenalkan tablet Fonepad baru mereka yang telah dikemaskini pada MWC 2014. Dua model kemaskini yang diperkenalkan ialah Fonepad 7 LTE dan Fonepad 7 3G

Fonepad 7 LTE ini membawakan capaian 4G LTE untuk para pengguna. Namun itu sahaja kelainan yang membezakannya dengan Fonepad 7 yang asal. Antara perkara lain yang membezakannya termasuk dua pembesar suara pada skrin bersaiz 7 inci dengan paparan 1280 x 800 pixel.

Antara spesifikasi lain termasuklah bateri berkapasiti tinggi 3,950 mAh, skrin 7 inci beresolusi 1280 x 800, dan turut membawakan cip pemprosesan Intel Atom. Ruang storan boleh ditambah menggunakan kad Mikro SD.

Asus Fonepad 7 3G
Cip Pemproses Intel Atom Z2520 1.2GHz dual-core
RAM 1GB
Storan Dalaman 8 GB
Kamera 5-MP Belakang, 1.2MP Depan
Skrin 7 inci 1280 x 800 pixel
Bateri 3950 mAh

Sedikit berbeza untuk Fonepad 7 3G, Fonepad ini tidak dilengkapi dengan dua pembesar suara seperti Fonepad 7 LTE, tetapi ia dilengkapi dengan dua slot kad sim. Spesifikasi lain pula sama antara satu sama lain.

Seperti keluarga Zenfone yang lain peranti Fonepad ia turut menggunakan Zen UI dan beroperasi menggunakan Android Jelly Bean. Kemaskini KitKat juga akan hadir tidak lama lagi namun ia tidak diketahui bila akan mula dijual untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN