Asus Bakal Hadir Dengan Komputer Riba Zenbook NX500 Yang Menyokong Paparan 4K?

Asus Bakal Hadir Dengan Komputer Riba Zenbook NX500 Yang Menyokong Paparan 4K?

Diterbitkan pada Mac 7, 2014 oleh .

Asus sedia mempunyai beberapa tawaran peranti, dan hari ini ia dilaporkan yang mana pengeluar peranti popular dari Taiwan berkenaan bakal hadir dengan sebuah komputer riba dengan skrin bersaiz 15-inci dan menyokong paparan Ultra HD atau 4K.

Asus Zenbook NX500

Dikenali dengan nama Asus Zenbook NX500, ia dikatakan akan turut menggunakan cip pemprossan Intel Haswell, serta berkemungkinan menyertakan sokongan kad grafik. Sokongan popular lain seperti audio SonicMaster turut mungkin disertakan pada komputer riba dengan spesifikasi tinggi daripada Asus ini.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai sokongan yang dibawakan oleh komputer riba ini dalam masa terdekat. Asus dijangka akan memperlihatkan komputer riba ini seawal minggu hadapan.


TIPS & ULASAN