Facebook Akan Mula Memperkenalkan Rekabentuk NewsFeed Baru Untuk Semua

Facebook Akan Mula Memperkenalkan Rekabentuk NewsFeed Baru Untuk Semua

Diterbitkan pada Mac 7, 2014 oleh .

Pada tahun lepas, pihak Facebook telah mengumumkan kemaskini untuk News Feed dengan rekaan baru. Namun, ia tidak diperkenalkan kepada semua, berkemungkinan kerana perubahan yang drastik.

Facebook NewsFeed

Kini, selang setahun selepasnya, Facebook dilihat memberikan nafas baru untuk News Feed mereka dengan membawakan segelintir kecil perubahan, disamping memaparkan pelbagai kemaskini dalam bentuk ala-ala Cards.

Paparan gambar juga dilihat mengambil ruangan yang lebih besar, disamping menjadikan rekaan versi web ini selari dengan rekaan untuk peranti mudah-alih. Facebook turut dikatakan akan menggunakan bentuk jenis tulisan (font) berbeza untuk perkongsian pautan, sekaligus memudahkan pengguna membezakannya dengan perkongsian status lain.

Kemaskini baru ini dikatakan akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam minggu-minggu akan datang.

Jadi, apa kata anda dengan rekaan baru ini?


TIPS & ULASAN