LG Dilaporkan Sekali Lagi Akan Membangunkan Telefon Pintar Nexus Untuk Tahun Ini

LG Dilaporkan Sekali Lagi Akan Membangunkan Telefon Pintar Nexus Untuk Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 7, 2014 oleh .

Setelah hadir dengan Nexus 4 dan juga Nexus 5 sebelum ini, kini beberapa desas-desus awal kedengaran, mengatakan pihak LG sekali lagi terpilih untuk hadir dengan telefon pintar Nexus untuk tahun ini.

Sekiranya perkara ini benar, maka ia akan menjadikan LG syarikat pertama untuk dipilih sebanyak tiga kali berturut-turut untuk telefon pintar Nexus. Sebelum ini, Samsung pernah hadir dengan Nexus S dan juga Galaxy Nexus, selain HTC yang pernah hadir dengan Nexus One.

Sebelum ini, pihak Google pernah mengatakan peranti Nexus baru hanya akan hadir pada pertengahan kedua 2014 ini, dan mungkin kita akan dapat melihat ia diumumkan seawal Google I/O kelak.


TIPS & ULASAN