Blocks : Konsep Jam Pintar Modular Seperti Projek Ara

Blocks : Konsep Jam Pintar Modular Seperti Projek Ara

Diterbitkan pada Mac 7, 2014 oleh .

Projek Ara ialah projek yang dibangunkan Motorola  bagi menghasilkan anjakan paradigma rekaan telefon pintar. Melalui projek ara peranti pintar anda akan mempunyai rekaan modular yang boleh digantikan bagi menaik taraf kemampuan pemproses, kamera dan sebagainya. Ini diharap dapat mengurangkan pembaziran kerana telefon pintar harus digantikan sabun tahun bagi mendapatkan spesifikasi paling berkuasa dan terkini.

Blocks ialah konsep jam tangan yang mempunyai prinsip yang sama di mana anda boleh membeli komponen yang anda mahukan. Jika anda tidak mahu jam pintar dengan kamera, komponen sensor kamera boleh dipasang dengan mudah. Perbezaan yang ketara diantara Blocks dan Ara ialah komponen Blocks akan bercantum menghasilkan tali jam dan bukan blok yang disambung terus pada kerangka.  Mahukan jam pintar lebih tahan lasak? Gantikan skrin sesentuh dengan skrin biasa dengan kaca Gorilla. Blocks masih lagi di dalam peringkat konsep dan disasarkan akan memasuki pasaran pada penghujung 2015. Ia dijangka akan mempunyai pemproses 2 GHz, kamera 8MP dan slot sim.

blocks-modular-smartwatch

blocks 2

Sumber Blocks


TIPS & ULASAN