Cari @ Amanz

HTC One M8 Smart CoverPelbagai gambar untuk HTC One 2014 telah tertiris sebelum ini, dan kini ia turut dilihat sebuah gambar aksesori untuknya – “Smart Cover” turut tertiris ke arena web.

Gambar terbaru ini hadir daripada pihak @evleaks, dimana “Smart Cover” ini dilihat menyertakan sokongan untuk memperlihatkan beberapa informasi walaupun peranti tersebut dalam keadaan ditutup dengan “Smart Cover”.

Pada masa yang sama, pihak HTC turut dikatakan akan hadir dengan variasi Google Play Edition untuk peranti ini – sama seperti HTC One sebelum ini.

HTC dijangka akan mengumumkan HTC One 2014 ini pada 25 Mac kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd