Mozilla Menghentikan Pembangunan Persona – Menjadikannya Projek Komuniti

Mozilla Menghentikan Pembangunan Persona – Menjadikannya Projek Komuniti

Diterbitkan pada Mac 9, 2014 oleh .

Mozilla sebelum ini telah memperkenalkan projek identiti web mereka tersendiri, dinamakan Persona (penjenamaan semula daripada BrowserID) pada tahun lepas. Namun, disebabkan penggunaan dan penerimaan pengguna yang rendah, mereka dilihat ingin mengurangkan fokus terhadapnya.

Melalui perkongsian baru daripada Mozilla, mereka mengatakan yang mana Mozilla akan memindahkan Persona kepada bentuk pembangunan oleh komuniti dalam terus membangunkannya.

Secara kasarnya, ia dilihat langkah yang diambil adalah lebih kurang seperti Thunderbird sebelum ini, dimana Mozilla mengurangkan penggunaan sumber untuk membangunkannya dan hanya memfokuskan kepada beberapa perkara berkaitan sekuriti sahaja, sebaliknya komuniti bertanggungjawab dalam membangunkan fungsi baru untuknya.

Seperti biasa, Persona akan boleh terus digunakan oleh semua, dan mungkin kita akan dapat melihat perkembangan positif untuk projek Persona ini yang mana kini melalui fasa transasi ke bentuk projek pembangunan oleh komuniti.


TIPS & ULASAN