Google Malaysia Memaparkan Info Tambahan Untuk Carian Berkaitan “Malaysia Airlines”

Google Malaysia Memaparkan Info Tambahan Untuk Carian Berkaitan “Malaysia Airlines”

Diterbitkan pada Mac 9, 2014 oleh .

Bagi para pengguna tempatan dan seluruh dunia, semestinya ramai yang mengikuti berita berkenaan dengan kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak daripada semalam.

Malaysia Airlines - Google Search

Media sosial dan pelbagai laman internet telah menjadi salah satu sumber rujukan ramai untuk mendapatkan info semasa berkaitan dengannya. Mengambil berat perkara ini, kini Google turut memaparkan sedikit info tambahan yang berkaitan dengan Malaysia Airlines untuk carian kata kekunci tersebut.

Sekiranya pengguna membuat carian kata kunci “Malaysia Airlines”, mereka akan diperlihatkan dengan no telefon untuk dihubungi, disamping pautan ringkas ke kemaskini semasa rasmi daripada Malaysia Airlines. Perkara sama juga diperlihatkan untuk terma carian “MAS”.

Pihak Google turut memaparkan kemaskini semasa daripada laman Google+ untuk Malaysia Airlines pada bahagian kanan laman keputusan carian untuk membolehkan pengguna mengetahui pelbagai info semasa berkaitan dengannya.

Bagi pengguna tempatan yang ingin mengikuti pelbagai perkembangan lanjut berkaitan dengannya, mungkin boleh mengikuti laman Twitter atau Google+ milik MAS, disamping mengikutinya melalui halaman khusus yang disediakan oleh MAS pada web mereka.


TIPS & ULASAN