Google Dilaporkan Akan Memperkenalkan SDK Android Untuk Peranti Boleh-Pakai

Google Dilaporkan Akan Memperkenalkan SDK Android Untuk Peranti Boleh-Pakai

Diterbitkan pada Mac 10, 2014 oleh .

Sundar Pichai hari ini dilihat berkongsi mengenai beberapa perkara, dan salah satunya adalah berkenaan dengan perancangan untuk sokongan peranti mudah-alih menggunakan platform Google.

Beberapa kali sebelum ini ia telah dikatakan Google akan menyokong Android pada peranti boleh-pakai. Pelbagai pengeluar juga turut dilihat memfokuskannya untuk tahun ini, dimana pelbagai jam tangan pintar dan juga gelang tangan pintar telah diperkenalkan pada dua bulan pertama 2014.

Berkongsi di SXSW, pihak Google mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan SDK (kit untuk pembangun) Android yang mana direkabentuk dengan sokongan untuk peranti boleh-pakai.

Sundar Pichai dilihat mengatakan yang mana SDK ini tidak akan terhad hanya kepada jam tangan pintar sahaja, tetapi lebih daripada itu.

Dengan perkembangan ini, mungkinkah kita akan melihat jam tangan pintar Google hadir tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN