Cari @ Amanz

Berkemungkinan besar, kami terlepas beberapa perkara pada video pandang pertama kami di MWC 2014 yang lepas untuk peranti Samsung. Untuk memberikan idea yang lebih dekat, kini pihak Samsung sendiri menerbitkan video pandang pertama rasmi mereka untuk beberapa peranti baru.

Melalui saluran YouTube mereka, pihak Samsung telah menerbitkan dua video, iaitu video pandang pertama selama 8-minit untuk Galaxy S5, dan satu lagi video pandang pertama selama 9-minit untuk Gear 2 dan juga Gear Fit.

Samsung Galaxy S5 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung yang menyertakan beberapa perkara baru, termasuk kemaskini pada antaramuka, beberapa fungsi baru, sokongan pengimbas cap jari, dan juga sensor denyutan jantung terbina.

Selain Galaxy S5, Gear 2 dan juga Gear Fit turut dilengkapi dengan sensor-sensor untuk tujuan kesihatan dan juga kecergasan, selain mana membawakan masa bertahan bateri yang lebih lama berbanding sebelumnya.

Kesemua peranti ini dijangka akan diperkenalkan oleh Samsung pada bulan hadapan, dan penerbitan video ini memudahkan lagi pengguna untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua peranti baru Samsung ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd