Asus FonePad 7 Dwi-SIM Mula Ditawarkan Di Pasaran Malaysia

Asus FonePad 7 Dwi-SIM Mula Ditawarkan Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Mac 10, 2014 oleh .

Asus Malaysia sedia menawarkan tablet dengan keupayaan telefoni daripada mereka, dinamakan Asus FonePad sejak daripada tahun lepas. Menariknya, kini mereka turut hadir dengan variasi tawaran dwi-SIM untuk peranti berkenaan.

Asus FonePad 7 Dual-SIM

Ia masih mengekalkan skrin bersaiz 7-inci seperti sebelumnya, disamping menggunakan cip pemprosesan Intel Atom. Menurut Asus, ia bukan sekadar menawarkan sokongan dwi-SIM sahaja, tetapi turut menawarkan masa bertahan bateri berganda berbanding sebelumnya.

Asus FonePad 7 Dwi-SIM ini disenaraikan pada harga jualan saranan RM699. Tetapi daripada semakan kami, terdapat beberapa penjual yang menawarkannya pada harga yang jauh lebih murah daripada itu.


TIPS & ULASAN