Cari @ Amanz

Galaxy S4 KitKatSamsung telah memperkenalkan kemaskini Android 4.4.2 KitKat untuk pengguna Galaxy Note 3 sebelum ini, dan kini dilihat pengguna Galaxy S4 di Malaysia turut telah mula menerima kemaskini yang serupa.

Daripada pengetahuan kami, kemaskini yang diperkenalkan buat masa ini adalah untuk model Galaxy S4 (GT-i9505).

Melalui kemaskini bersaiz sekitar 482MB ini, ia menyertakan bukan sahaja kemaskini untuk sistem operasi, tetapi beberapa kemaskini lain termasuk pada bahagian tetapan, penambah-baikkan pada antaramuka, dan beberapa kemaskini baru yang lain.

Untuk pengguna Galaxy S4 (GT-i9505) di Malaysia, mungkin anda boleh menyemaknya dengan ke halaman Settings > More > About Device > Software hari ini, atau menyemaknya melalui perisian Samsung Kies.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd