Aplikasi Baru Daripada Malaysia – FindIt, MY Water Supply, Coffeelah

Diterbitkan pada Mac 10, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada penghujung minggu lepas, kami telah membawakan siri pertama dalam perkongsian aplikasi-aplikasi untuk peranti mudah-alih daripada pembangun tempatan dan pembangun di Malaysia. Terkini, kami sekali lagi membawakan tiga aplikasi baru yang telah kami temui baru-baru ini.

FindIt

FindIt Android

Salah satu projek direktori yang dilihat menerima sokongan Astro Group. Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh melihat dan mencari pelbagai lokasi di dalam Malaysia dengan mudah.

Daripada penyenaraian aplikasi ini, ia dikatakan terdapat lebih daripada 100,000 perniagaan yang telah disenaraikan, selain turut menawarkan sebuah halaman khas untuk memperlihatkan beberapa tawaran menarik untuk pengguna.

Sokongan iklaneka untuk membolehkan pengguna mengiklankan produk mereka secara percuma dijangka akan hadir pada kemaskini seterusnya.

Muat-Turun FindIt untuk iOS
Layari : FindIt
MY Water Supply

MY Water Supply Android

Aplikasi MY Water Supply ini menawarkan pelbagai informasi kepada pengguna, memperlihatkan lokasi-lokasi yang terjejas dengan catuan air bermula daripada 1 Mac ke 31 Mac tahun ini.

Melalui aplikasi ini, ia meliputi kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, memberikan notifikasi 24 jam sebelum gangguan air berlaku dikawasan pengguna. Ia menarik data daripada Syabas untuk memperlihatkannya kepada pengguna.

Coffeelah

Coffeelah iOS

Salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh Says, dimana ia memaparkan beberapa lokasi kafe di sekitar Lembah Klang, membolehkan pengguna untuk memilih tempat dan lokasi untuk minum kopi bersama-sama rakan mereka.

Pengguna turut boleh mendapat gambaran kasar berkaitan sesuatu kedai kopi yang ingin dikunjungi menggunakan aplikasi ini. Selesai mengunjungi sesuatu kafe, pengguna boleh membuat ulasan mengenainya dan berkongsi dengan pengguna lain.

Muat-Turun Coffeelah untuk iOS

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami