Apple Memperkenalkan iOS 7.1 – Menyertakan Sedikit Perubahan Pada Antaramuka

Apple Memperkenalkan iOS 7.1 – Menyertakan Sedikit Perubahan Pada Antaramuka

Diterbitkan pada Mac 11, 2014 oleh .

Apple hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini iOS 7.1 kepada para pengguna iPhone, iPad dan juga iPod Touch – dimana bersama-sama dengannya ia menyertakan beberapa kemaskini baru selain menambah-baik beberapa fungsi sedia ada.

Salah satu fungsi baru yang hadir adalah sokongan CarPlay yang diumumkan baru-baru ini yang membolehkan peranti iOS digunakan bersama-sama sistem inforia kereta. Namun, sokongan sistem inforia masih terhad buat masa ini.

Dari segi antaramuka, Apple dilihat menyertakan beberapa kemaskini kecil bersama-sama dengannya, selain penambah-baikkan pada prestasi di iPhone 4 dan juga beberapa perkara di iPhone 5S – termasuk di TouchID.

Apple turut dilihat membawakan sedikit perubahan di aplikasi Calendar, dan penambah-baikkan untuk Siri melalui iOS 7.1 ini.

Untuk pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch yang sedia menjalankan iOS 7, anda boleh membuat kemaskini OTA untuk peranti anda dengan ke halaman Settings dan memilih Software Update melaluinya. Kemaskini melalui iTunes juga boleh dilakukan pada Mac dan PC anda.


TIPS & ULASAN