Facebook Memperkenalkan Kemaskini Rekabentuk Untuk Facebook Pages

Facebook Memperkenalkan Kemaskini Rekabentuk Untuk Facebook Pages

Diterbitkan pada Mac 11, 2014 oleh .

Selain mengumumkan kemaskini pada bahagian News Feed, ia dilihat pihak Facebook turut akan membawakan rekaan Facebook Pages yang baru di desktop – memfokuskan kepada hanya satu lajur kemaskini sahaja dan bukannya berbentuk Timeline seperti sekarang.

Facebook Pages

Melalui rekaan baru ini, bahagian kanan akan memfokuskan kepada semua kemaskini daripada Pages, sementara pada bahagian kiri ia memaparkan beberapa informasi berkaitan FacebooK Pages berkenaan.

Disamping itu, pihak Facebook turut menambah sokongan “Pages to Watch” di bahagian pentadbir yang membolehkan mereka membandingkan Facebook Pages mereka dengan pesaing yang lain dari segi statistik dan sebagainya.

Kemaskini baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat oleh Facebook bermula daripada minggu ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan rekaan baru Facebook Pages ini?


TIPS & ULASAN