Pembangun Permainan Fruit Ninja Mengumumkan Permainan Baru – Bears vs Art

Pembangun Permainan Fruit Ninja Mengumumkan Permainan Baru – Bears vs Art

Diterbitkan pada Mac 11, 2014 oleh .

Halfbrick, pembangun permainan popular Fruit Ninja hari ini mengumumkan salah satu permainan baru mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi – dinamakan sebagai Bears vs Art.

Bears vs Art

Bears vs Art dilihat sebagai salah satu permainan berbentuk puzzle daripada Halfbrick, dimana pengguna perlu mengawal watak beruang dalam mengerakkan ia dan menghancurkan setiap lukisan sepantas yang mungkin. Ketika melakukannya, pemain juga dilihat perlu mengelak daripada beberapa halangan yang hadir pada permainan berkenaan.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pengguna iOS di beberapa buah negara sahaja, dan dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia tidak lama lagi. Versi Android dan Windows Phone juga bakal menyusul tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN