DiGi Membuka Pra-Daftar Minat Untuk Samsung Galaxy S5

DiGi Membuka Pra-Daftar Minat Untuk Samsung Galaxy S5

Diterbitkan pada Mac 11, 2014 oleh .

Samsung sebelum ini telah mengatakan mereka akan menawarkan telefon pintar terbaru mereka, Galaxy S5 pada bulan April kelak. Dengan berbaki sebulan lagi, kini pihak DiGi dilihat menjadi terawal dengan membuka pendaftaran minat untuk mereka yang inginkan peranti berkenaan.

DiGi Samsung Galaxy S5

Galaxy S5 menyertakan skrin bersaiz 5.1-inci Super AMOLED, cip pemprosesan empat-teras 2.5GHz, dilengkapi kamera belakang 16-megapixel dan menggunakan Android 4.4 KitKat.

Pihak Samsung turut melengkapkannya dengan kemaskini antaramuka TouchWiz, selain membawakan sokongan pengimbas cap jari dan juga sensor degupan jantung.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan mungkin Celcom dan Maxis bakal turut menawarkannya di Malaysia.

Daftar Minat Galaxy S5 di DiGi


TIPS & ULASAN