Google Menambah Sokongan Pemalam Dan Tema Berbayar Di Chrome Web Store

Google Menambah Sokongan Pemalam Dan Tema Berbayar Di Chrome Web Store

Diterbitkan pada Mac 12, 2014 oleh .

Chrome Web Store merupakan kedai aplikasi untuk pelayar web Chrome, dimana ia menawarkan pelbagai pemalam dan juga tema berbayar untuk pengguna Chrome. Hari ini, Google menambah fungsi baru, menawarkan pemalam dan tema berbayar melaluinya.

Google melalui halaman untuk pembangun, memperlihatkan yang mana para pembangun boleh menyertakan sebanyak empat jenis pilihan berbayar pada pemalam atau tema mereka.

Chrome Web Store

Antaranya adalah pemalam berbayar, pemalam dengan bentuk langganan, pemalam dengan pembelian-dalam-aplikasi, dan juga pemalam yang menawarkan tempoh percubaan percuma.

Dengan pengenalan ini, mungkin kita akan dapat melihat pemalam dan tema berbayar di Chrome Web Store dalam masa beberapa minggu lagi.

Jadi, mungkinkah anda membayar untuk mendapatkan pemalam dan tema yang menawarkan fungsi menarik pada pelayar web?


TIPS & ULASAN