Aplikasi Dan Web Twitter Mengalami Masalah Untuk Diakses

Aplikasi Dan Web Twitter Mengalami Masalah Untuk Diakses

Diterbitkan pada Mac 12, 2014 oleh .

Twitter dilihat menghadapi masalah untuk diakses buat masa ini, dimana bukan hanya versi web sahaja, malah aplikasi mudah-alih mereka turut mengalami masalah untuk digunakan.

Berbeza dengan beberapa kali sebelum ini, ia dilihat tidak boleh digunakan sepenuhnya – dan masalah ini dilihat dihadapi sebahagian besar pengguna. Pihak Twitter masih tidak berkongsi akan mengenai apakah sebab utamanya, dan mereka dilihat sedang dalam proses mengatasinya.

Pada masa yang sama, ia turut dilihat pihak Twitter telah mengubah bahagian grafiknya – yang mana kami tidak pasti sejak bila – menggantikan penggunaan grafik ikan paus sebelum ini.

Kemaskini 2:55 pagi : Twitter dilihat telah mula beroperasi seperti biasa.


TIPS & ULASAN