Cari @ Amanz

Pada hari ini, Google Docs sedia digunakan ramai dalam membuat penyuntingan dokumen atas pada bila-bila masa menggunakan sebarang komputer dengan akses internet. Namun, sokongan untuk Google Docs boleh dikatakan hanya menyertakan fungsi asas sahaja.

Google Docs Addon

Dalam membolehkan pengguna menambah pelbagai fungsi tambahan daripada perkhidmatan pihak ketiga dengan mudah, hari ini Google memperkenalkan sokongan “Addon” di Google Docs dan juga Google Sheets.

Menggunakannya, pengguna boleh menggunakan beberapa fungsi tambahan terus dari Google Docs tanpa masalah. Sebagai contoh, sekiranya pengguna menambah addon MailChimp, mereka boleh membuat penghantaran emel terus dari Google Docs dengan mudah.

Ini boleh dikatakan sebagai permulaan, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak addon hadir daripada pelbagai pembangun tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd