Cari @ Amanz

Lenovo Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan LTE daripada mereka, iaitu Lenovo Vibe Z. Peranti ini bakal ditawarkan di Malaysia melalui pelan Celcom bermula 15 Mac 2014 ini.

Lenovo Vibe Z

Lenovo Vibe Z

Lenovo Vibe Z merupakan telefon pintar bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh. Dilengkapi dengan kamera hadapan 5-megapixel, kamera belakang 13-megapixel, serta menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800. Peranti ini turut menggunakan antaramuka khusus Lenovo pada Android 4.3 Jelly Bean. Beberapa aplikasi khusus yang hadir termasuk Super Camera dan juga Super Gallery.

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan tanpa pelan Celcom, Lenovo mengatakan ia akan ditawarkan melalui para pengedar rasmi mereka bermula 15 April kelak pada harga RM1799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd