WD Memperkenalkan My Cloud & My Cloud EX2 Untuk Pasaran Malaysia.

WD Memperkenalkan My Cloud & My Cloud EX2 Untuk Pasaran Malaysia.

Diterbitkan pada Mac 12, 2014 oleh .

Pada hari ini WD Malaysia telah menambah produk terbaru untuk siri My Cloud yang memfokuskan kepada storan awan peribadi. Sepertimana yang kita tahu berkenaan storan awan, kebanyakan fail yang disimpan terletak di lokasi lain. Storan awan peribadi merupakan solusi untuk mereka yang sentiasa paranoid dan risaukan fail mereka disimpan ditempat yang tidak boleh dipantau mereka.

Kelebihan storan awan peribadi juga adalah mereka tidak perlu membayar harga langganan berdasarkan storan dan ini sangat menguntungkan sama ada pengguna umum mahupun syarikat kecil. Kesemua fail yang disimpan juga boleh diakses pada telefon pintar menggunakan aplikasi WD My Cloud yang terdapat di Apple App Store & Google Play. Tahun lepas mereka telah memperkenalkan My Cloud EX4 dan hari ini dua produk yang diperkenalkan adalah My Cloud, dan My Cloud EX2.

WD My Cloud

IMG_5484

WD My Cloud yang pertama merupakan solusi storan awan peribadi yang dikhususkan untuk pengguna umum. Ia tersedia dengan kapasiti 2TB, 3TB dan 4TB dan setiap fail-fail yang disimpan boleh diakses pada bila-bila masa melalui pelbagai platform. Ia boleh didapati di kedai berhampiran pada harga disyorkan RM499 (2TB), RM 649 (3TB) dan RM 799 (4TB).

WD My Cloud EX 2

IMG_5485

Bagi pengguna professional dan syarikat kecil, solusi storan awan peribadi yang tersedia adalah My Cloud EX 2. EX 2 mempunyai 2 bay yang boleh ditukar ganti mengikut kapasiti yang diinginkan syarikat. Berbeza dengan My Cloud untuk pengguna umum, versi EX juga mempunyai fungsi seperti untuk menjalankan pelayan FTP, aplikasi pihak ketiga seperti Joomla, phpBB, phpMyAdmin yang membolehkan pengguna professional menetapkan fungsi bersesuaian dengan kerja mereka. EX 2 dijual pada harga disyorkan RM1,159 untuk 4TB, RM1,459 untuk 6TB dan RM1,959 untuk 8TB.


TIPS & ULASAN