Mari Bantu Mencari MH370 : 300 Batu Persegi Imej Lautan Terkini Kini Boleh Diakses Umum

Mari Bantu Mencari MH370 : 300 Batu Persegi Imej Lautan Terkini Kini Boleh Diakses Umum

Diterbitkan pada Mac 12, 2014 oleh .

Beberapa hari yang lalu kami menulis tentang mengapa Google Eath tidak boleh digunakan bagi usaha mencari MH370. Ini adalah kerana imej yang digunapakai sekarang diambil lebih 3 tahun yang lalu. Digital Globe, pengusaha pengimejan angkasa  hari ini memberikan akses imej terkini kawasan laut seluas 300 batu bersegi. Kawasan yang merangkumi Teluk Siam dan sebahagian Laut Cina Selatan ini adalah kawasan yang dipercayai mempunyai keberangkatan tertinggi jatuhnya MH370.  Anda boleh mengakses peta terkini ini melalui laman TomNod milik mereka. Digital Globe mengambil gambar beresolusi tinggi ini menggunakan 2 satelit milik mereka beberapa hari yang lalu yang juga kemudiannya diberikan kepada pasukan cari dan menyelamat dari pelbagai negara.

Gambar yang diambil ini baru sahaja diberikan akses kepada umum hari ini.  Anda kemudian boleh meletakkan petanda lokasi puing ataupun objek yang mungkin adalah MH370 yang kemudiannya boleh dilihat pengguna lain. Setakat ini Digital Globe melaporkan beribu-ribu sukarelawan sudah menemui lebih kurang 60 000 objek yang mungkin boleh membantu proses pencarian pesawat malang milik Penerbangan Malaysia ini.

Sekiranya anda mahu membantu dan mempunyai masa terluang apa kata anda melawat laman sesawang Tmod sekarang. Ini adalah lebih baik dari mencipta teori makhluk halus, konspirasi False Flag, mencari bukti dari lirik lagu Pitt Bull ataupun meneropong bumbu buluh seperti Raja Bomoh. Ayuh kita bersama-sama mencari pesawat MH370 sekarang!

Tomnod

Layari : Tomnod


TIPS & ULASAN