Microsoft Dilaporkan Akan Hadir Dengan Versi Baru Office Untuk Mac Tahun Ini

Microsoft Dilaporkan Akan Hadir Dengan Versi Baru Office Untuk Mac Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 12, 2014 oleh .

Office 2013Microsoft Office merupakan salah satu perisian pengurusan dokumen yang popular, dan selain penawaran untuk PC, Microsoft turut mempunyai versi khusus untuk Mac. Mengikut laporan terkini, ia dikatakan Microsoft bakal hadir dengan versi baru untuknya pada tahun ini.

Microsoft Office Mac kali terakhir dikemaskini adalah pada tahun 2011 yang lepas, dan selepas itu tiada versi baru yang diperkenalkan oleh Microsoft sehingga kini.

Microsoft dilaporkan mengatakan akan hadir dengan versi baru Office untuk Mac sekitar penghujung tahun ini, namun tarikh rasmi untuknya masih tidak diketahui. Fungsi barunya juga turut tidak diketahui sepenuhnya – namun mungkin kita boleh menyasarkan sokongan OneCloud turut diintegrasikan padanya.


TIPS & ULASAN