Permainan Amazing Spider-Man 2 Bakal Hadir Ke iOS, Android Dan Windows Phone

Permainan Amazing Spider-Man 2 Bakal Hadir Ke iOS, Android Dan Windows Phone

Diterbitkan pada Mac 13, 2014 oleh .

Gameloft sebelum ini sedia memperkenalkan permainan mudah-alih untuk filem Spiderman bersempena dengan filem The Amazing Spider-man. Kini, dengan filem sekuel untuknya yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Gameloft dilihat sekali lagi dalam persiapan untuk memperkenalkannya kepada umum.

Seperti biasa, pihak Gameloft bekerjasama dengan pihak Marvel dalam membawakan permainan versi kedua ini, dan akan menyertakan perjalanan permainan yang menyerupai latar filem berkenaan.

The Amazing Spider-man 2

Pengguna akan memainkan watak Spiderman, dan perlu melakukan pelbagai aksi termasuk memanjat dinding, melompat dan membuat pelbagai perkara dalam menewaskan musuh.

Permainan The Amazing Spider-man 2 ini dijadualkan untuk dilancarkan pada iPhone, iPad, iPod Touch, Android dan juga Windows Phone pada bulan April 2014 ini.


TIPS & ULASAN