Angry Birds Epic – Permainan Berbentuk RPG Daripada Rovio

Angry Birds Epic – Permainan Berbentuk RPG Daripada Rovio

Diterbitkan pada Mac 13, 2014 oleh .

Beberapa hari yang lepas, pihak Rovio telah menerbitkan sebuah video teaser ringkas untuk permainan akan datang mereka. Lanjutan daripadanya, kini beberapa info baru berkenaan permainan Angry Birds Epic berkenaan diketahui.

Angry Birds Epic

Rovio sebelum ini telah hadir dengan permainan kasual Angry Birds, dan juga permainan berbentuk perlumbaan dinamakan Angry Birds Go!. Kini, dengan Angry Birds Epic, ia dilihat mereka memasuki arena permainan berbentuk RPG – yang seperti biasa dioptimasikan untuk peranti mudah-alih.

Permainan ini dilihat akan ditawarkan untuk beberapa buah negara – Kanada, Australia dan New Zealand bermula minggu ini dan akan diperluaskan ke negara-negara lain dalam beberapa minggu lagi.

Angry Birds Epic

Melalui beberapa paparan skrin yang dikongsikan melalui Angry Birds Nest, ia dilihat pemain boleh memilih watak burung kegemaran mereka, dan memainkannya di sebuah pulau untuk melalui pengembaraan mereka tersendiri.

Selain permainan Angry Birds Epic ini, pihak Rovio juga turut sedang membangunkan permainan baru mereka yang lain dinamakan Angry Birds Stella.


TIPS & ULASAN