Cari @ Amanz

Razer ialah jenama yang gah di dalam persada permainan komputer komputer peribadi. Aksesori tetikus dan papan kekunci buatan mereka digunakan atlet saiber elit dan dijual pada harga premium. Razer hari ini memperlihatkan komputer riba khas untuk permainan komputer terbaru dari siri Blade mereka. Ianya mempunyai skrin sesentuh 14″ dengan resolusi Quad HD+ 3200 x 1800 pixel.  Ini ialah penaiktarafan dari versi Blade sebelum ini yang dilengkapi skrin 1600x 900 pixel. Razer Blade baharu diperkasakan pemproses Intel Core i7-4702HQ , 8GB DDR3L RAM running at 1600MHz, kad grafik GeForce GTX 870M dengan 3GB GDDR5 VRAM dan tiga port USB 3.0. Terdapat tiga pilihan storan dalaman SSD iaitu 128, 256 dan 512 Gigabyte.  Ianya boleh dipesan di laman rasmi Razer sekarang dengan harga jualan bermula dari $2200.  JIka anda mahukan komputer riba dengan kemampuan luar biasa kami yakin Razer Blade terbaru ini memang akan menjadi idaman anda

razer-blade-gallery-v2-06

razer-blade-gallery-v2-08 razer-blade-2014-4

Sumber Razer

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd