Carian
Sony Xperia E1 Dual Berharga RM499 Di Malaysia
March 13, 2014 Aman

Pada bulan Januari 2014 yang lepas, pihak Sony Mobile telah memperkenalkan telefon pintar dengan speisifikasi asas daripada mereka, dinamakan sebagai Xperia E1. Kini, peranti variasi yang menyertakan sokongan dwi-SIM dilihat telah mula dijual di pasaran tempatan.

Xperia E1

Xperia E1 Dual menyertakan skrin bersaiz 4-inci dengan resolusi 480×800 pixel, cip Snapdragon 200 dwi-teras 1.2GHz, memori 512MB RAM, kamera belakang 3.15-megapixel serta ruangan storan terbina 4GB (dengan sokongan mikro-SD).

Sony dilihat memfokuskan kepada kebolehan memainkan muzik dan menyertakan sokongan loudspeaker dengan fungsi Clear Audio+, Clear Bass, dan juga xLoud Experience. Pengguna boleh mengawal muzik dengan mengoncangkan peranti, serta dilengkapi beberapa fungsi lain.

Di Malaysia, Xperia E1 Dual dijual pada harga saranan RM499.

Komen