OverTask – Pemalam Chrome Yang Membantu Anda Untuk Kekal Fokus

OverTask – Pemalam Chrome Yang Membantu Anda Untuk Kekal Fokus

Diterbitkan pada Mac 13, 2014 oleh .

Ketika menulis artikel, satu perkara yang saya akan buat adalah dengan membaca dan membuka pautan artikel sebanyak yang mungkin. Disamping itu, saya juga ada membuka laman lain seperti Youtube, Twitter, Google Plus, dan pelbagai laman sosial yang lain. Ini menyebabkan tab pada pelayar web Google Chrome terlalu banyak dibuka yang akhirnya hadir dengan pelbagai masalah seperti gangguan (distraction) ketika menyiapkan tugasan.

overtask-1

OverTask merupakan sebuah pemalam (extension) Google Chrome daripada pembangun tempatan yang dapat membantu anda membuat tugasan dengan mengumpulkan tab yang anda kehendaki sahaja ketika menyiapkan sesuatu tugasan.

Contohnya ketika anda sedang melakukan kajian tentang kapal terbang, OverTask akan meminta anda untuk meletakkan pautan yang berkenaan dengan kajian anda itu sahaja. Selepas itu, kesemua pautan yang anda kumpulkan sebelumnya akan dibuka pada satu sesi baru Google Chrome yang hanya mempunyai pautan yang dikehendaki.

Perkara ini sekaligus dapat membantu anda untuk kekal fokus tanpa sebarang gangguan dan idea menghadirkan dalam bentuk pemalam ini bagi saya adalah bijak dan kreatif. Membiarkan tab bercampur aduk dengan laman web lain seperti laman sosial menyebabkan kerja dan tugasan sering terganggu yang akhirnya banyak penangguhan akan berlaku.

Overtask

Melancarkan OverTask sangat mudah kerana ia akan dibuka setiap kali anda membuka halaman tab baru. Ini memudahkan anda untuk melihat tugasan yang sedang berjalan ataupun anda boleh menambah tugasan padanya.

Overtask ThumbnailAnda boleh menambah seberapa banyak tugasan yang dikehendaki dengan hanya melakukan ‘Edit task name’ > ‘Add current tabs’ > ‘Create Task’ dan tugasan baru akan terpapar pada halaman utama OverTask.

Sekiranya anda bersedia untuk membuat tugasan tersebut, klik ‘DO’ dan Chrome akan menutup tab yang sedia ada dan hanya membuka tab yang dikumpulkan sahaja. Melalui percubaan saya, tab yang dibuka sebelumnya akan disimpan dan akan dibuka semula sehingga anda menyiapkan tugasan anda.

OverTask turut didatangkan dengan sokongan log masuk akaun pengguna yang membolehkan anda sync tugasan anda pada Chrome di komputer lain. Ia juga turut hadir dengan sokongan import dan export tugasan untuk dijadikan sebagai fail backup ketika diperlukan.

Bagi penulis seperti saya, pemalam OverTask sangat efektif untuk mengurangkan kadar gangguan (distraction) yang serius disamping membantu untuk menguruskan artikel-artikel yang bakal ditulis pada akan datang. Sekiranya anda seorang pelajar, saya yakin ia dapat membantu anda untuk menguruskan tugasan pelajar (assignment) yang diberikan tanpa sebarang gangguan. Sebuah pemalam Chrome yang sangat disyorkan untuk anda pasang dan gunakan ketika menyiapkan tugasan anda.

Pemalam OverTask untuk Google Chrome boleh dimuat-turun melalui Chrome Web Store dan menariknya ia ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pemalam ini melalui halaman di bawah.

Muat-turun: Pemalam OverTask untuk Google Chrome


TIPS & ULASAN